Monday, August 23, 2010

nk buka ape?

Assalmmualikum semua..

Erm, dia tak diam dah 13 hari kita umat islam berpuasa.. alhamdullilah.. sehari belum ader terbuang lagi.. syukur ya Allah kau kurniakan kesihatan kepada ku dan ahli keluarga ku...

NK buka ape? itulah persoalan yang selalu bermain kat kepala aku bile dah nk masuk waktu-waktu nk balik kerja.. erm... alhamdullillah.. selama berpuasa nih, aku dan papa adzra belum lagi memebeli juadah berbuka untuk santapan kami.. aku lebih suke memsak.. dan papa adzra juga tak suka makan kat kedai@ beli kat luar.. so mcm nk pecah jugak la kepala bila memeikir nk buka apa.. huhu..

hari ni kami berbuka nasi pataya, onde onde (buah melaka) dan air tek o limau suam.. hehehe.. alhamdulilah..kenyang.. puas hati bila masakan yang aku masak habis papa adzra makan.. :)

Begitulah kalau dah berumah tangga..aku akan cuba sedaya upaya memasak ape sahaja makanan yang suami aku nk makan..dan syukur pada Allah aku dapat suami yang x memilih.. ape sahaja yang aku masak pasti 'laku'..heheh.. tq sayang.. lagipon, kami berdua lebih suka makan di rumah. ialah..kat lua tu pon belum tentu sedap'e.. mahal pon boleh tahan lah juga. lagilah jika terpaksa bersesak sesak di bazar..kami lebih rela makan nasi berlaukkan telo dr beratur panjang.. :)

Thursday, August 19, 2010

~Anakku Adzra~

Salamm semua..

dah lama rasanya aku x menulis.. arini barulah aku ada masa untuk tulis sikit.. almaklum keje banyak kebelakangan ni.. hutang Celcom jek dah menjangkau 3.5m.. Apasal lah depa ni..kompeny kaya.. tp xmo bayar.. nk agrement itulah..ini lah.. fenin fenin..

Ok lah..arini aku xmo cerita masalah kerja aku.. tp aku nk cerita pasal anak dara aku.. hehehe.. dh bushoo dah dia.. dh 10bulan.. erm...dia dh ader 6 batang gg tau.. dah pandai duduk..dan memapah.. standard la..umur sebaya dia..mmg patut pun dah pandai sume tu.. tp adzra dapat sekali serentak..

mulanya dia demam.. sbb gg dia klua serentak..pastu dia sakit mulut yang terlampau..smpi xmo makan n minum lah.. kesian nenek dia.. x tido dr siang smpi siang esok'e... buka mulut untuk minum susu pon adzra tak mahu.. bayangkan.. smpi abah aku nk bawak dia g sepital..x tahan tgk cucu dia x mo mkn n minum..

huhu.. adzra mmg moody jek maka aku kata..senyum x mo..sume xmo.. if aku tepon.. dengara jek sore aku n papa dia..mula lah dia nangis..rindu agak'e.. so on friday lepas aku balik.. Adzra nmpk jek muka papa dia terus senyum.. maka kau kata..tulah 1st time dia nk senyum n gelak semenjak dia demam.. rindu kat papa dia lah tu.. aku mmg tak dapat nafikan..adzra n papa dia mmg sgt rapat.. klu dh ader papa'e..dengan org lain dia dh tak mahu dah.. ngan aku pun dia xnk sgt... betullah org kata.. klu anak perempuan muka iras ayah..mmg lah sejuk n rapat ngan ayah'e.. mcm tulah adzra ngan papa nya... so harutu jugajlah baru senng hati mak n abah aku sbb dengor susu dia dh gelak2.. mcm dh di caj bateri lah.. heheh.. adzra oh adzra..

yang paling best'e mase hari sabtu tu..aku tgk sendiri adzra dh uduk.. baru dpt lah tu mak aku kata.. baik jek demam trus pandai duduk..then on sunday tu..dia berdiri sendiri n siap lepas tangan lagi.. alhamdullilah..anak mama dh nk pandai jalan.. soo sweet...

so...adelah beberapa gamba yang aku ambil mase balik aritu.. hai..beso anak dara mama..


cute kan topi dia.. aku bli kat sebuah blog.. love baby fashion..thanks rachel for the cute hat.. lov it.. :)

Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan..

Salam Semua.. Ramadhan kembali lagi..

Alhamdullillah.. insyAllah ramadhan kali ini..aku leh puase seperti biase..klu tahun lepas..aku mengandungkan az\dzra..so..pukul 4 ptg jek..aku dh buka.. huhu.. mmg super tak tahan..lapa..pening..loya..dan lain2 lagi rase yang dtg.. huhuh.. so harap2 tahun nih..penuh lah.. (kecuali peot dtg :))

Thursday, August 5, 2010

jERUK oH jERUK..

Salam Semua..

Bila sebut jew pasai jerukk..mula la air liuq akan melelh.. heheh.. jeruk mempunyai kuasa memikat yang tersendiri..aku juga merupakan salah seorang antu jeruk.. :P superr suke ngan jerukk..especiall penang mai.. sedap'e lain mcm..

Ada pelbagai jenis jeruk,, ader mempelam..cermai..pala..salak..asam paya@ asam kelubi, anggur, ceri sengkuang..jambu baru & dll.. tak kira buah tempatan mahupon buah "international"..heheh..

Jadi oleh kerana kesukaan aku memakan jeruk..dan korang juga aku pikir gemo mkn jeruk.. aku pon amik la inisiatif untuk meniaga jeruk sempenah hari raya nih.. lagipon..aku mmg ader pegalaman jual jeruk secara keciklan partnerngan adik aku..dia jual di kilang dia di senai johor..byk la permintaan..ALHAMDULLILLAH.. sambutan mmg HOT!! ari2 abes klu bawak ke kilang.. so atas permintaan depa nijugak lah aku ngan adik aku..amik peluang ari raya ni untuk meniaga jerukk..
so klu korang rase nk order jeruk ngan aku..boleh ..di persilakan..hehhehe

so aku titikan gamba2 jeruk yang mampu mengecurkan sesiapa sahaja yang melihat'ee..
watchhhouttttttttttt..


ader pelbagai jenis jeruk yang korang leh order..antara'e adelah..
• Jeruk Mangga berkulit
• Jeruk mangga kuning (tanpa kulit)
• Jeruk Anggur
• Jeruk kedondong/Amra (Hijau /Kuning)
• Jeruk Betik
• Jeruk Pala
• Jeruk Salak Madu(RM 15.00)
• Jeruk Jambu Batu
• Jeruk Sengkuang
• Jeruk Cermai
• Jeruk kelubi/ Asam Paya (RM 14.00)
• Buah Ceri (Merah/ Kuning/ Hijau)
• Jeruk Campur

kesemua jeruk diatas dijual dengan harga RM13/ Kilogram.. kecuali untuk kelubi & Salak..agak mahal sket..sbb datang pon mahal.. heheh..

aku jugak ader provide untuk paket kecil setengah Kg.. RM7 each
bagi Kelubi RM8/setengah Kg & RM8.5/kg bagi Salak Madu..

oklah..klu korang berminat..boleh lah call aku..
aku supply area KL.
Tel: 0127601964

Manakala klu korang area johor/ Kulai/ Senai lak..leh PM adik aku..
Nadia: 0177642768..

ok korang..aku tunggu panggilan dr korang.. cepat2..harge sepesel untuk yang order lebih dr 10 kg..amacam..ok?

Monday, August 2, 2010

..gigi OH gigi..

erm... td pagi mak aku col.. diakata adzra demam.. WHATT??? demam..huhu..alahai mama jauh..papa jauh.. adzra demam lak.. adeii.. mak aku kata..dia nk berdukong jek..x mo letak bawah..sgt manja..maafkan mama syg..mama jauh x dapat dukong adzra.. huhu..

demam ni maby sbb dia dh tumbuh gg..demam "dpt upah"..minggu lepas mase dia adzra ader kat kl..cuma 2 batang gg atas yang tumbuh..kali ni mak aku kata..gigi bawak lak tumbuh.. erm..tu yang dia demam kot.. xpe..lagi 4 hari jek..saba lah sg..ari jumaat ni mama balik!!!

ini aku cedok sikit info pasal gg kat MyHelath web page.. so sama2 lah kita ibu2 menjaga gigi anak kecil kita..:))


Pengenalan

Kebanyakan doktor pergigian berpendapat bahawa penjagaan mulut atau gigi bayi dan kanak-kanak seharusnya bermula sebelum gigi pertama tumbuh. Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut. Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan.

Pertumbuhan Gigi
Gigi susu pertama mula tumbuh pada usia bayi 6 hingga 8 bulan dan set gigi susu akan tumbuh dengan lengkap ketika umur kanak-kanak mencecah 3 tahun. Gigi susu bawah depan akan tumbuh dahulu diikuti gigi susu depan atas. Bila semua gigi susu tumbuh, 10 batang gigi akan berada di bahagian rahang atas dan 10 batang gigi akan berada di bahagian rahang bawah.
Lawatan Pertama Ke Klinik Gigi

Pada Julai 2008, Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan program ' Early Childhood Oral Healthcare Never Too Early To Start' yang mengesyorkan lawatan pertama ke klinik gigi harus bermula semasa bayi berumur enam bulan atau selepas gigi susu pertama tumbuh dan selewat-lewatnya pada umur satu tahun.

Bagaimana Kerosakan Gigi Terjadi?
Penjagaan mulut yang berterusan dan betul adalah penting untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi serta mulut yang berbau segar. Jika gigi tidak digosok dengan cara yang betul, satu bahan berwarna kekuningan dan melekit yang dinamakan plak gigi akan terbentuk. Plak mengandungi kuman bakteria akan melekat pada gigi. Bakteria tersebut akan bertindak dengan gula menjadi asid dan akan menyerang dan mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ini adalah permulaan kepada pembentukan karies gigi. Karies gigi ini sekiranya tidak dikawal akan merebak ke lapisan dalam gigi dan terus mereputkan gigi dan membentuk gigi berlubang. Bakteria di dalam karies boleh terus merebak dan menjangkiti pulpa yang mengandungi saraf dan salur darah gigi. Sekiranya ini berlaku, kanak-kanak tersebut akan merasa sakit gigi dan gigi akan mati. Tanpa rawatan, jangkitan bakteria akan terbentuk di hujung akar gigi dan pembentukan 'abses' atau bisul pada gusi akan berlaku. Lebih teruk lagi sekiranya jangkitan merebak ke ruang tisu muka menyebabkan radang muka atau 'facial cellulitis'.

Apakah Punca Utama Kerosakan Gigi?
Kerosakan gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh. Oleh itu, adalah penting untuk mengurangkan kerosakan pada gigi anak anda. Penjagaan gigi bermula dengan ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa perlu ingat bahawa punca utama kerosakan gigi ialah daripada cairan, air minuman atau pemakanan yang bergula diberi kepada bayi. Faktor penting yang harus dipertimbangkan ialah jenis makanan, berapa kerap ia diambil dan berapa lama makanan tersebut berada di persekitaran gigi di dalam mulut.

Cairan seperti jus buah-buahan, susu ibu, susu lembu, susu formula dan air bergas mengandungi gula tersembunyi. Sekiranya gigi tidak dibersihkan dengan cara yang betul, plak akan terbentuk. Gula yang berada di persekitaran gigi akan dicernakan oleh bakteria yang berada di dalam plak dan mengeluarkan asid yang menyebabkan gigi kanak-kanak mereput atau rosak.

Sekiranya anak anda mempunyai tabiat menghisap botol sepanjang hari, pastikan botol tidak diisi dengan cairan atau jus bergula. Setiap kali anak anda menghisap cairan bergula, asid akan terbentuk di dalam mulut dalam masa beberapa minit. Sekiranya cairan bergula dihisap berterusan, bayangkan asid akan sentiasa berada di dalam mulut dan proses pereputan sentiasa berlaku selama 24 jam! Ibu bapa patut menghadkan pengambilan jus bergula pada waktu makan tengah hari atau makan malam sahaja. Di antara waktu tersebut, cuba isi botol anak anda dengan air masak atau susu. Ibu bapa seharusnya cuba berusaha mengelakkan anak anda dari tidur dengan menghisap botol susu kerana air susu akan berkumpul dengan lama di dalam mulut anak anda dan ini boleh menyebabkan kerosakan gigi dengan cepat. Jika terpaksa, cuba secara perlahan-lahan cairkan kandungan susu di dalam botol dan akhirnya isi botol dengan air masak sahaja.

Kawal Pemakanan Yang Diambil Oleh Anak Anda.
Sudah tentu kanak-kanak sukakan makanan ringan bergula seandainya mereka terdedah kepada gula daripada peringkat bayi lagi. Pembelian makanan ringan bergula harus dijadualkan dan dihadkan pada waktu atau hari-hari tertentu sahaja, contohnya pada waktu tengah hari sahaja selang sehari, atau pada hujung minggu sahaja atau pada hari keramaian. Jika anak anda sudah biasa dengan jadual anda, anda akan dapati kanak-kanak amat memegang pada janji dan ia akan memudahkan penjagaan gigi anak anda. Pastikan juga jadual diikuti dan difahami oleh semua ahli keluarga, keluarga terdekat dan pengasuh anak anda supaya ia menjadi lebih berkesan. Anda boleh mengganti snek makanan bergula dengan snek yang lebih sihat seperti buah-buahan, snek sayuran, kerepek, kekacang, karipap dan sebagainya.

Bagaimana Penjagaan Yang Terbaik Untuk Anak Anda?
Bila memikirkan tentang penjagaan gigi susu, adalah amat penting untuk mengambil kira bahawa gigi susu memegang ruang untuk gigi kekal yang bakal tumbuh. Sekiranya gigi susu rosak dan terpaksa dicabut awal, ruang yang dikhaskan untuk gigi kekal akan hilang dan ruang itu hanya boleh diperolehi semula melalui rawatan ortodontik.

Pembersihan gigi susu bayi harus dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun anak anda hanya minum susu ibu atau susu formula sahaja. Caranya ialah dengan menyapu sedikit ubat gigi berfluorida ke atas kain lembut atau berus gigi bayi dan kemudian disapukan ke atas gigi bayi. Setelah gigi geraham susu mula tumbuh, anda boleh menukar ke berus gigi kanak-kanak yang lembut dan menggunakan ubat gigi berfluorida sebesar biji kacang pea. Jangan lupa untuk mencuci lidah dan gusi di mana bakteria bersembunyi dan menyebabkan mulut berbau. Lakukan 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Mencuci gigi dan mulut atau berkumur juga disyorkan pada setiap kali selepas bayi mengambil makanan.

Bilakah anda boleh membiarkan anak anda memberus giginya sendiri?
Sebenarnya, anak anda tidak pandai memberus gigi dengan betul sehingga ia mula pandai menulis dan mula bersekolah. Walau bagaimanapun, adalah baik jika anda memberi anak anda memberus giginya sendiri jika dia mahu. Tetapi setelah itu pastikan anda memeriksa dan memberuskan giginya sekali lagi jika perlu. Berikan pujian kepada anak anda jika dia pandai memberus gigi dan beritahu jika dia tidak memberus di beberapa bahagian gigi. Tunjukkan cara yang betul secara berterusan sehingga anak anda pandai memberus gigi dengan baik.
Gunakan Ubat Gigi Berfluorida

Sedikit fluorida di dalam ubat gigi adalah baik untuk gigi anak anda yang sedang membentuk. Fluorida adalah sejenis bahan mineral menghalang kerosakan gigi dengan menguatkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan ia lebih tahan kepada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria. Sesetengah negeri atau daerah di Malaysia menerima bekalan air yang mengandungi tambahan fluorida. Anda boleh bertanya kepada doktor gigi di kawasan anda. Jika anda tinggal di kawasan di mana saluran airnya tidak mengandungi fluorida, pastikan anak anda menggunakan ubat gigi berfluorida dari peringkat awal lagi. Jika anda tinggal di kawasan air berfluorida, dan anak anda berumur kurang dari 6 tahun, adalah disyorkan anak anda menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida tidak melebihi 600bpj (bahagian per juta) dan gunakan ia dalam jumlah yang sedikit iaitu sebanyak saiz kacang pea setiap kali memberus gigi. Ini adalah kerana kanak-kanak lebih cenderung menelan ubat gigi daripada meludahnya keluar. Menelan ubat gigi berfluorida dengan banyak dalam masa yang panjang akan menyebabkan terjadinya fluorosis. Sekiranya fluorosis terjadi, ia adalah tidak bahaya dan boleh dirawat. Fluorosis ialah kecacatan kepada lapisan paling luar gigi iaitu lapisan enamel. Fluorosis yang ringan akan menyebabkan garisan atau tompok putih terbentuk pada lapisan enamel dan ianya tidak berapa kelihatan. Fluorosis yang berat akan menyebabkan lekukan kepada enamel dan warnanya menjadi coklat.
Penggunaan Puting

Walaupun penggunaan puting boleh menyebabkan anak anda diam, penggunaannya secara berterusan adalah tidak digalakkan. Kebanyakan kanak-kanak berhenti menggunakan puting dengan sendiri semasa berumur antara 2 hingga 4 tahun. Walau apa pun, penggunaannya seharusnya dikurangkan bila anak anda mencecah umur 3 tahun, dan pastikan ianya tidak digunakan langsung bila anak anda berumur 6 tahun bila gigi kekal mula tumbuh. Ini adalah kerana puting boleh menyebabkan penyusunan gigi kekal tidak rata dan tidak cantik. Sekiranya puting dicelup dengan manisan, ia akan menyebabkan gigi anak anda mudah rosak. Juga pastikan tidak memberi anak - anak menggigit benda-benda keras kerana ia boleh mencederakan gigi dan gusi serta boleh menyebabkan gigi anak anda patah.

Kesimpulan
Penjagaan kesihatan pergigian bayi dan kanak-kanak memerlukan pemerhatian dan penjagaan awal yang teliti serta berkesan. Ia memerlukan ilmu pengetahuan, kesedaran dan keprihatinan daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa/penjaga. Gigi yang sihat akan menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanak yang sihat dan seterusnya membentuk individu-individu yang cemerlang di dalam pelbagai bidang.

Bowling oh Bowling..

Salam All,
Last saturday aku join TM punyer bowling tournement.. enjoy jugaklah.. walaupon dpt no 2 dr belang dari 24 pasukan..heheh..aku ttp enjoy.. Almaklum.aku main bowling cuma bila ader tournement yang free sahaja..n klu opis aku ader buat lawan saje2.. klu takde, idak lah aku main bowling'e...huhuhu..

So, mase hari tu..aku satu group dengan Nor Azura, from TM and ngan abext dak opis aku n yan..adik pd FM aku.. huhuhu..enjoy..main bowling smbil makan.. hehhe..
n yang paling best..dpt cenderahati from TM..santik beg tu..aku suke sgt..leh la tawok telekong nnti..:P

N yang paling x best..bab sakit2 badan.. adehh...segala sendi mendi aku sakit.. almaklum..main setahun sekali :P..
bengkak urat2 aku dek kertana terkejut..tanpa latihan..tanpa panas2 badan..terus baling..masuk tournemet.. huhuhu.. n bayak jugak lah bola masuk longkang..huhuhu..
rase malu nk baling @ nk tutp jek muka bila bola masuk longkang. hehhe..tapi x la semalu jiran kami tu.. konon2 nk eksen dtg ngan awekss.. pastu baling..hah..amik kau terduduk kat situ..seb bek x masuk lam lane,,klu x..jadik la bola bowling..nk gelak smpi guling2..tp kesian lak..huhuhu.. so main pandang2 jek la gelak lam hati..

hadiah yang kami dpt aderlah towel TM..heheh..cantik..kaler biru..
ape pn..aku happy main bowling aritu.. beg dpt..towel dpt..mkn dpt..enjoy dpt..sakit pon dpt...hah amikk ko pae.. :P